fbpx

Tiada ancaman terhadap keselamatan negara – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN (tengah) menyerahkan bakul makanan kepada para penerima di Pusat Khidmat Adun Kebun Bunga di Mount Erskine, Tanjung Bungah, hari ini.

GEORGE TOWN – Tiada sebarang tanda-tanda bahawa wujudnya sebarang unsur ancaman terhadap keselamatan negara setakat ini susulan konflik yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis juga telah meningkatkan tahap siap siaga di sempadan negara bagi memastikan keamananan serta keselamatan sempadan negara terkawal.

”Tiada sebarang tanda-tanda yang boleh dibuat kesimpulan bahawa wujudnya unsur-unsur ancaman terhadap keselamatan (negara). Itu penting untuk kita maklumkan kepada rakyat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) merasmikan Pusat Khidmat Adun Kebun Bunga, Lee Bong Heng, di Mount Erskine di sini.

Beliau berkata, pihak polis juga bekerjasama rapat dengan semua negara jiran dari segi perkongsian risikan bagi memastikan keselamatan negara terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI