fbpx

Nama Ahli Parlimen ponteng sidang Parlimen dipapar dalam web

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI (tengah) menyampaikan cenderamata kepada pemimpin pengakap negara Asean yang menghadiri The 18th ASARC Meeting di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati ‘ponteng’ dengan sengaja sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, perkara itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili.

“Kita akan pantau Ahli Parlimen yang selalu menghilangkan diri, walaupun saya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka tetapi usaha-usaha sedang dijalankan untuk mereka yang tidak hadir.

“Kita akan naikkan nama mereka (yang tidak hadir sidang Dewan Rakyat) di dalam laman web, ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Johari merasmikan The 18th Asean Scout Association for Regional Cooperation (ASARC) Meeting di Hotel Royale Chulan di sini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin pengakap dari negara-negara Asean.

Sebelum ini, pada 29 Ogos lepas, Johari dilapor mencetuskan idea untuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka tidak hadir ke sesi sidang Parlimen sebagai satu langkah mencegah ketidakhadiran dalam kalangan mereka.

Menurut Johari, cadangan itu akan disuarakan oleh beliau kepada jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen yang terdiri daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI