fbpx

EPL: Manchester United tamatkan badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bruno Fernandes meraikan gol kemenangan yang dijaringkan ke atas Fulham sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Manchester United terpaksa bermandi peluh selepas melakar kemenangan dramatik 1-0 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Craven Cottage sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag telah membariskan kesebelasan terbaik dengan bintang seperti Bruno Fernandes, Antony dan Rasmus Hojlun berada dalam kesebelasan utama.

Pasukan pelawat dilihat bermula garang apabila mendahului hasil jaringan yang dilakukan oleh pemain tengah, Scott McTominay pada minit ke-8 perlawanan.

Namun, gol tersebut telah dibatalkan oleh pengadil selepas meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) dengan keputusan 0-0 tamat hingga babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, United merombak pasukan dengan memasukkan pemain muda seperti Facundo Pellistri yang dilihat bijak memperdaya pertahanan lawan tetapi beberapa percubaan telah diselamatkan penjaga gol, Bernd Leno.

Gol yang dicari United akhirnya tiba pada masa kecederaan hasil ledakan kapten pasukan, Bruno Fernandes selepas menerima hantaran Pellistri untuk menewaskan benteng pasukan Fulham.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dengan United meraih kemenangan sekali gus bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut yang dialami kepada Manchester City dan Newcastle United baru-baru ini.

United kini mengumpul 18 mata selepas mengharungi 11 aksi EPL manakala Fulham kekal dengan 12 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI