fbpx

Amaran adik Shila Amzah, henti buka aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ beri amaran kepada bekas isteris supaya berhenti buka aibnya.

PETALING JAYA – Adik kepada Shila Amzah memberi amaran kepada bekas isterinya iaitu Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis agar berhenti daripada terus menyebarkan cerita buruk yang mengaibkan dirinya dalam media sosial.

Menurut Syafiq atau Amir Syafiq Amzah, 30, netizen tidak seharusnya percaya sepenuhnya kerana tidak semua dakwaan yang dilemparkan bekas isterinya sahih 100 peratus.

“Kepada bekas isteri yang asyik menyebarkan aib, saya tidak pernah menjawab sebarang perkara yang dia buruk dan fitnah saya selama ini.

“Satu sahaja pesanan saya, sudah-sudahlah! Sejak tahun 2016 segingga sekarang dia tidak berhenti keluarkan macam-macam kenyataan yang tak semuanya betul,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Sementara itu, Syafiq memberitahu menerima banyak nasihat daripada orang ramai yang memintanya menyelesaikan segera masalah dengan bekas isteri yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Tegasnya, perkara tersebut adalah masalah peribadinya dan memilih untuk tidak berkongsi terlalu terbuka dengan orang ramai.

“Terpulang kepada saya jika hendak memperbaiki keadaan atau menyelesaikan masalah berkaitan diri sendiri.

“Itu hak saya,” jelasnya.

Terdahulu, Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 namun pasangan itu bercerai pada 15 Jun 2016.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Masalah berkaitan rumah tangganya mula terbongkar apabila bekas isterinya membuka mulut mengenai sikap lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai bapa apabila didakwa tidak membayar nafkah anak selain dituduh sebagai kaki pukul.

Konflik keluarga penyanyi Datuk ND Lala ini tercetus selepas adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah mendedahkan sudah dihalau apabila kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tampil memberikan penjelasan, Shila menegaskan tindakan tersebut diambil kerana banglo berkenaan adalah miliknya dan bakal membeli kediaman baharu untuk ibu mereka.

Susulan daripada itu, pelbagai tuduhan dan dakwaan lain yang dikeluarkan bagi mempertahankan diri masing-masing termasuk ibu Shila, Fauziah Sarman yang mengejutkan ramai apabila enggan memafkan perbuatan Shila terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI