fbpx

Kosmo! juara Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau Terbaik KPKT 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (kanan) menyampaikan hadiah kepada Mohd. Ghazali (tengah) sebagai pemenang kategori Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau Terbaik (Media Cetak dan Portal Berita) pada AKeMEDIA KPKT 2023 di Hotel JW Marriott,, malam ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Akhbar Kosmo! mengungguli anugerah tempat pertama bagi kategori Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau Terbaik (Media Cetak dan Portal Berita) pada Malam Anugerah Kecermelangan Media (AKeMEDIA) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 di Hotel JW Marriott di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, wartawan Kosmo, Mohd. Ghazali Alias menang kategori tersebut menerusi rencana bertajuk Kedai Serbaneka Mesra Alam sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta plak, trofi dan sijil.

Mohd. Ghazali menunjukkan plak dan trofi yang dimenanginya pada AKeMEDIA KPKT 2023 di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur malam ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Pada masa sama, wartawan Kosmo! wakil Putrajaya, Mohd. Ridzauddin Roslan tersenarai sebagai finalis bagi kategori Liputan Kredit Komuniti menerusi laporan berita bertajuk Generasi Muda Ramai Buat Pinjaman.

Dalam majlis ini juga, sebanyak 10 kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM68,000 melibatkan 363 penyertaan daripada pelbagai agensi media di negara ini.

Perasmian AKeMEDIA KPKT 2023 turut disempurnakan oleh Menterinya, Nga Kor Ming. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI