fbpx

Demi anak-anak, ku gagahi jua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIZAN (kiri) menyediakan makanan kepada anaknya, Mohamad Azuan yang tidak boleh melihat akibat kencing manis ketika ditemui di rumahnya di Felda Sungai Tekam, Jerantut semalam.

JERANTUT – Biarpun kudrat dirinya terbatas, namun demi zuriat, Hazizan Omar, 61, gagahkan diri menjaga dua anaknya berusia 14 dan 28 tahun yang menghidap penyakit kencing manis.

Hazizan berkata, anaknya Mohamad Azuan menghidap pe­nyakit itu sejak berusia 17 tahun dan mula hilang penglihatan awal tahun lalu selepas terlibat de­ngan kemalangan motosikal ketika ke tempat kerja.

“Sebelum nahas, Mohamad Azuan masih boleh nampak dan mampu me­nunggang motosikal ke tempat kerja di sebuah pusat pembersihan sampah.

“Namun segalanya berubah selepas dia pulih daripada kece­deraan patah buku lali dan tulang pinggul akibat nahas itu. Penglihatannya semakin kabur dan kini tidak boleh melihat serta terpaksa dibantu untuk bergerak,” katanya semalam.

Cerita Hazizan, Mohamad ­Azuan kini tidak lagi bekerja di pusat berkenaan kerana mata­nya sudah tidak dapat melihat.

Tambahnya, Zafran, 14, juga menderita penyakit kencing manis dan berkemungkinan kerana faktor genetik.

“Arwah isteri yang menghidap kencing manis sehingga kedua-dua belah kaki dipotong meninggal dunia tahun lalu.

“Saya kini masih bekerja kampung dan menerima upah kira-kira RM2,000 sebulan, cukup-cukup untuk membeli keperluan dapur.

“Saya berharap ada pihak berwajib dan dermawan yang dapat membantu kebajikan dua orang anak ini kerana saya sendiri sudah tidak mampu bekerja kuat,” luahnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Azuan menerusi talian 019-551 8485 atau Hazizan (013-623 3601) atau salurkan ke akaun Maybank bernombor 156208252296.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI