fbpx

Son Heung-min dilabel ‘jelmaan Cristiano Ronaldo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (tengah) cemerlang menggalas tugas sebagai penyerang Spurs dengan lapan gol daripada 10 aksi EPL musim ini. – AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menyamakan impak luar biasa yang dipamer oleh kapten, Son Heung-min pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini seperti Cristiano Ronaldo.

Sebagai rekod, Heung-min memikul tanggungjawab selaku ‘ayam tambatan’ utama Spurs susulan penghijrahan bekas penyerang utamanya, Harry Kane ke Bayern Munich pada jendela perpindahan lepas.

Menurut Postecoglou, pasukannya kini tidak lagi perlu mencari penyerang baharu bagi menggantikan tempat Kane, sebaliknya memanfaatkan bakat yang ada pada Heung-min selepas diletakkan selaku pemain No. 9 musim ini.

“Kita semua tahu Heung-min sebelum ini bermain di posisi sayap tetapi dia juga menunjukkan kebolehan selaku penyerang utama pada beberapa musim lepas. Andai mahu buat perban­dingan, sudah tentu sama seperti Ronaldo bersama Manchester United sebelum ini.

“Heung-min memiliki bakat penyudah yang luar biasa dan sangat bijak untuk mengemudi jentera serangan. Selain itu, dia juga sentiasa bekerja keras di atas padang selain tidak mempunyai masalah untuk membantu benteng pertahanan,” katanya.

Sementara itu, pemain te­ngah Spurs, James Maddison turut memuji prestasi Heung-min selain menganggap penyerang antarabangsa Korea Selatan tersebut layak memakai lilitan kapten kerana boleh menaikkan motivasi pasukan.

“Heung-min seorang yang cukup baik di atas dan di luar padang. Mengenai prestasi, dia memiliki corak permainan berbeza berbanding Jamie Vardy ketika saya mewakili Leicester City tetapi saya tidak mempunyai masalah berbeza untuk sesuaikan diri dengannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI