fbpx

Lelaki tunjuk samseng tolak penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penguat kuasa MPBP terjatuh dari motosikalnya selepas ditolak seorang di Jalan Flora, Taman Flora, Batu Pahat semalam.

KLUANG – Seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) mengalami cedera ringan selepas ditolak seorang lelaki yang berlagak samseng dalam kejadian di Jalan Flora, Taman Flora di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi dipercayai berpunca daripada tindakan lelaki berusia 33 tahun itu cuba menghalang penguat kuasa berkenaan untuk mengeluarkan kompaun terhadap kereta miliknya.

Katanya, akibat daripada insiden itu, penguat kuasa berkenaan terpaksa mempertahankan diri dan terjadi pergaduhan sebelum dileraikan oleh orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

“Akibat daripada kejadian itu, kedua-dua lelaki mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang Penjawat Awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan kepada Penjawat Awam.

Ujarnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI