fbpx

Konflik Palestin-Israel: 195 terkorban dalam pengeboman kem pelarian Jabalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK memeriksa kemusnahan selepas pengeboman di kem pelarian Jabalia, semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Pentadbiran Hamas di Gaza menyatakan bahawa 195 orang terbunuh dalam dua serangan udara askar Israel di kem pelarian Jabalia, yang merupakan kem terbesar di wilayah Palestin.

“Mangsa-mangsa pengeboman pertama dan kedua di Jabalia melepasi 1,000 orang termasuk yang syahid dan cedera.

“Kami merekodkan 195 orang terkorban, 120 hilang di bawah runtuhan dan 777 cedera,” kata pejabat media pentadbiran Hamas sebagai merujuk kepada serangan semalam dan kelmarin.

Setakat ini, kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas menyebut 8,796 penduduk Palestin terbunuh dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak Israel melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI