fbpx

Kakitangan MYAirline diminta tampil fail tuntutan baki gaji di JTK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyeru semua kakitangan MyAirline terjejas berikutan penggantungan operasi pada 12 Oktober lalu tampil memfailkan tuntutan baki gaji mereka di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran dengan kadar segera.

KSM dalam kenyataan berkata, prosedur ini adalah perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan perundangan sedia ada.

Katanya, KSM telah mengadakan pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 Oktober hingga 31 Oktober lalu dengan 123 orang pekerja telah memfailkan tuntutan baki gaji mereka di JTK terhadap syarikat penerbangan tersebut.

“KSM prihatin akan situasi yang dihadapi oleh kakitangan di bawah penerbangan MYAirline.

“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” katanya di sini hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta merta sehingga suatu tarikh yang diberitahu kelak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MACVOM) menegaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang terkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI