fbpx

Bimbang kawasan penyu diganggu, aktivis lapor SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Razak (dua dari kiri) membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan aktiviti melombong pasir berisiko ganguan kawasan pendaratan penyu di Perak di Ibu Pejabat SPRM Perak di Ipoh, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Beberapa aktivis alam sekitar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan aktiviti melombong pasir yang didakwa berisiko ganggu kawasan pendaratan penyu di Perak.

Mereka mewakili empat pertubuhan iaitu Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Pertubuhan Sahabat Ekologi Perak dan Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) yang membentuk gabungan dinamakan Rakan Segari.

Meor Razak Meor Abdul Rahman daripada SAM berkata, laporan itu dikemukakan bagi menyiasat tentang kelulusan pengeluaran pasir di Lot 18435, Pantai Pasir Panjang, Segari, daerah Manjung, Perak dengan mendakwa meragukan dan bercanggah dengan rancangan pemajuan.

Kata beliau, pihaknya membantah kegiatan tersebut dari Pantai Pasir Panjang sehingga ke Tanjung Hantu, Segari, daerah Manjung kerana mendakwa bimbang boleh memusnahkan kawasan pendaratan penyu.

Dakwanya, timbul persoalan apabila operator menjalankan usaha tersebut memaklumkan aktiviti sudah diluluskan, sedangkan aktivis itu merasakan ia bertentangan dengan syarat dan garis panduan yang ada.

“Bila kami jumpa dengan wakil kontraktor ini untuk meminta salinan kelulusan, mereka tidak boleh buktikan. Yang menjadi persoalan mereka mengeluarkan pasir ini pada waktu malam. Jika ada kelulusan sekalipun, mana boleh keluarkan pasir pada waktu malam,” dakwanya yang ditemui di luar pekarangan pejabat SPRM Perak di sini hari ini.

Aktivis terbabit berkongsikan tentang syarat kawasan pendaratan penyu dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap Dua yang tidak membenarkan pembangunan baharu, perluasan pembangunan sedia ada atau pengambilan sumber mineral berdasarkan Rancangan Fizikal Negara Keempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI