fbpx

Jessica Iskandar nafi dah muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR

PELAKON dan hos sensasi, Jessica Iskandar menangkis khabar angin mengatakan dia dan suami mengalami masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis.

Katanya, walaupun pernah berhadapan situasi sukar ditipu dalam perniagaan, dia dan suami, Vincent Verhaag terus bangkit membina masa depan keluarga mereka.

Malah dengan tegas selebriti berusia 35 tahun itu enggan melayan gosip yang sengaja dicetuskan pihak tertentu demi melihat mereka rebah.

“Saya tidak pernah muflis. Ini semua khabar angin yang perlu ditanyakan sendiri kepada saya,” katanya.

Pada masa sama, ibu kepada dua anak, termasuk seorang daripada perkahwinan terdahulu itu memaklumkan telah membeli sebidang tanah untuk dibangunkan.

Menurut si cantik yang mesra disapa Jedar itu, pengalaman ditipu rakan perniagaan membuatkannya lebih berhati-hati dalam urus niaga mahu pun pergaulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI