fbpx

Ingatan okay tetapi telinga ada sedikit masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah akan dirujuk kepada doktor pakar bahagian telinga di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

MUAR – Keputusan pakar neo­rologi terhadap sistem saraf remaja yang terselamat dalam kemalangan meragut enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September, Abdullah Amir Ruddin, 15, menunjukkan daya ingatan dan keadaan otaknya adalah baik.

Nor Hila Noor Muhammad, 38, berkata, perkembangan positif keadaan kesihatan anak saudaranya itu semakin pulih dan akan ditujuk ke Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar di sini.

“Abdullah akan jalani pemulihan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk bantuan gaya hidup yang normal.

“Berpandukan keputusan CT Brain yang dibuat di Hospital Segamat. Alhamdulillah pemeriksaan terhadap tengkorak dan otaknya tiada masalah.

“Cuma ada satu dot (titik) kecil pada otaknya akan ambil masa sikit untuk hilang, mungkin itulah yang mengganggu pemikiran dan ingatan dia tetapi tiada masalah yang serius,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nor Hila berkata, Abdullah juga boleh berjalan seperti biasa cuma dia perlu dibantu untuk kembali berjalan seperti biasa.

“Kalau sebelum ini kita takut-takut untuk paksa dia berjalan, tetapi selepas jumpa doktor ini, kita akan cuba bantu dia berjalan hari-hari,” katanya.

Nor Hila yang juga seorang guru berkata, telinga sebelah kanan Abdullah bagaimanapun ada sedikit masalah iaitu kurang pendengaran.

Katanya, Abdullah akan dirujuk kepada doktor pakar bahagian telinga dan kesemua rawatan susulan akan dilakukan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI