fbpx

[VIDEO] Wan Rosdy hanya tersasul sebut ‘Palestin hancur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY dan pimpinan negeri bersama orang ramai yang hadir pada Himpunan Pahang for Palestin di Dataran MBK di Kuantan semalam.

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak berniat menyokong Israel sebaliknya hanya tersasul menyebut ‘Palestin hancur’ ketika berucap pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini, semalam.

Penyelaras Himpunan Pahang For Palestin Fadzli Mohamad Kamal berkata, kesilapan itu tidak sepatutnya ditularkan kerana ia tidak disengajakan.

“Saya berada di tempat kejadian ketika Menteri Besar Pahang berucap penuh semangat dan ketika itu berlaku kesilapan tutur kata.

“Saya segera memaklumkan kepada Menteri Besar dan beliau segera membetulkan kesilapan dan mengaku tersasul dan minta kesilapan itu tidak dihebahkan kepada umum,” katanya di sini hari ini.

Pada masa ini tular rakaman video berdurasi 20 saat yang disunting memetik Wan Rosdy menyebut ‘Palestin hancur’ sebelum beliau meminta maaf atas kesilapan itu.

Semalam lebih 10,000 orang menyertai himpunan yang dianjurkan Kerajaan Pahang bagi melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib malang rakyat Palestin yang terus ditindas, dizalimi dan dibunuh rejim Israel.

Pahang menjadi negeri pertama di negara ini menganjurkan himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada Palestin.

Dalam pada itu, Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang menegaskan, banyak perkata lain boleh dihebahkan kepada umum pada himpunan itu seperti komitmen kerajaan Pahang menyumbang RM100,000 kepada Tabung Palestin 2.0.

“Pada masa sama, Menteri Besar dengan nada tegas dan berani kecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman Israel,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI