fbpx

Sajat emosi rakyat Malaysia tuduh minum arak di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat menerusi video terbaharunya di Instagram hari ini

PETALING JAYA – “Saya ke sini bukan buat apa, saya jadi pengintip sahaja,cari maklumat.”

Demikian respons ringkas usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Sajat apabila dituduh minum arak di sebuah konsert terbuka di Australia baru-baru ini.

Sajat menerusi ruangan komen video terbaharunya di Instagram hari ini membidas segala tuduhan dan kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sebagai perosak agama.

Ramai yang mendakwa Sajat memegang cawan berisi minuman keras sambil berhibur dalam konsert tersebut.

Namun, Sajat menafikan dakwaan tersebut dan katanya ia sekadar minuman berkarbonat.

“Harap faham semua, menjadi seorang spy ini, kena lalui semua ini, saya kan sebagai Inspektor Shafikah watak filem Gerak-Gerak Khas (tetap nak kena ada tajuk kan).

“Korang (anda semua) apa tahu, aku cari maklumat. Penat lah semua benda nak korek pasal apa kita buat dekat sini. Menyampah kita,” selarnya.

Sementara itu, ada juga pengguna lain berseloroh tentang penyamarannya sebagai seorang pengintip.

“Jat (Sajat) mana ada ‘spy’ beritahu dia ‘spy’, gagal la rancangan nak dapat maklumat,” kata Seri.

Malah, Sajat membalas bahawa dia terpaksa mendedahkan penyamarannya kerana sering dihentam oleh netizen.

“Sebab netizen ini mulut banyak, sampai stres kita baca komen. Kita ini cari maklumat, hujung kita dapat maklumat daripada netizen, benci,” jawabnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI