fbpx

Liga Super: Kelantan United anggap mustahil kekang JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Fernando Forestieri berjaya menjaringkan gol buat pasukan lawan semalam. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

KOTA BHARU – Kelantan United menerima kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta’azim (JDT) dengan berlapang dada, malah menganggap ia sebahagian daripada persediaan untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Cabaran pada 4 November nanti.

Ketua Jurulatihnya, Ailton Silva berkata, beliau tetap menghargai usaha dan semangat juang setiap pemain dan menganggap mereka telah mempamerkan sesuatu yang bagus apabila mampu menyaingi kuasa besar Harimau Selatan.

“Siapa sangka pasukan ini dapat bertahan sehingga minit ke-74 sebelum dibolosi oleh pasukan terhebat di tanah air pada ketika ini. Tambahan pula kita rehatkan ramai pemain utama akibat kecederaan dan keletihan.

“Ia sangat bagus kerana untuk berdepan JDT sahaja kita perlu mempunyai motivasi dan apabila berupaya menyaingi mereka, pastinya akan memberikan suntikan motivasi tambahan kepada semua pemain,” katanya pada sidang media selepas Perlawana Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Mengulas lanjut, jurulatih dari Brazil itu menjelaskan, suntikan motivasi tambahan daripada perlawanan malam tadi menjadi bekalan persediaan cukup penting untuk berdepan Kuching City FC dalam perlawanan timbal balik nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI