fbpx

Konflik Palestin-Israel: 20 wanita Palestin ditangkap di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa wanita berjalan melintasi halangan di kem pelarian Jeninm Tebing Barat. - AFP

RAMALLAH, TEBING BARAT – Askar Israel meningkatkan keganasannya terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki ketika kemarahan terhadap serangan udara ke atas Gaza berterusan untuk minggu ketiga, lapor laman berita Middle East Eye kelmarin.

Sebagai pertambahan kepada pengeboman yang setakat ini menyebabkan lebih 8,000 penduduk Palestin terkorban, pembunuhan melibatkan berpuluh-puluh penduduk Tebing Barat yang dilakukan oleh tentera Israel dan peneroka haram Yahudi turut berlaku selain ratusan lagi ditahan.

Mereka yang ditahan termasuk 20 wanita Palestin, demikian menurut jurucakap media Pusat Kajian Tahanan Palestin, Amina al-Taweel.

Sebahagian daripada mereka yang ditahan telah dibebaskan tetapi dikenakan syarat tahanan rumah, manakala yang lain dipindahkan ke pusat tahanan pentadbiran.

Tindakan terbaharu itu menjadikan wanita Palestin yang ditahan di Israel kini berjumlah lebih 60 orang dengan salah seorang daripadanya ialah Suhair Barghouti, 66.

“Pada 26 Oktober lalu, berpuluh-puluh askar Israel menyerbu rumah kami di bandar Kobar, utara Ramallah. Mereka menggeledah rumah sebelum menangkapnya (Suhair),” kata anak lelaki wanita tersebut sambil menambah, ia adalah kali kedua Suhair ditahan.

Suhair ialah balu kepada Omar Barhouti, yang merupakan tokoh Hamas di Tebing Barat yang meninggal dunia akibat Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI