fbpx

Datuk Red muncul sokong Adira, ucap ‘i love you’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red hadir bagi menyokong isterinya semasa Konsert minggu ketiga Famili Duo musim ketiga (FD3).

SHAH ALAM – Kehadiran suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red pada konsert minggu ketiga Famili Duo musim tiga (FD3), malam ini membuktikan rumah tangga mereka tidak goyah seperti dakwaan segelintir pihak.

Ahli perniagaan terbabit mengakui kehadiran menyaksikan program realiti tersebut bagi memberikan sokongan kepada isteri tercinta serta adik iparnya, Emma yang menjadi peserta
pertandingan.

“Good luck (selamat berjaya) dan I love you (Saya cintakan awak),” katanya ringkas ketika ditemubual pengacara, Izzue Islam.

Malam ini, pasangan duo adik-beradik itu meraih pujian juri apabila meraih sembilan dan 10 markah daripada Mas Idayu dan Ajai.

Mereka menunjukkan persembahan bertenaga ketika membawakan lagu Tiada Tangis Lagi nyanyian asal Ella dan Hukum Karma (Wings) secara medley.

Sementara itu, Adira yang membawa anak sulung mereka, Anggerik, 6, ke pentas FD3 tampak malu-malu apabila diusik Izzue dan teman gandingannya, Janna Nick.

Apabila diminta membalas kembali ucapan cinta kepada suami atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, penyanyi berusia 32 tahun itu hanya meminta tunggu sahaja di rumah.

Malah Adira yang bergelar isteri kedua itu turut dilihat menghormati madunya, Datin Syarifah Norshafila Hassim apabila memaklumkan ada hati perlu dijaga.

Beberapa hari lalu timbul desas-desus mengenai perkahwinan pasangan itu dikatakan bergelora gara-gara penyanyi terbabit sudah lama tidak berkongsi gambar suami dalam Instagram.

Sepanjang tempoh perkahwinan yang memasuki tahun kelapan dan dikurniakan empat cahaya mata, Adira dan Datuk Red kerap terpalit gosip keberantakan hubungan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI