fbpx

UPSR tidak dikembalikan, fokus kurikulum 2027 – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas tidak akan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam masa terdekat walaupun menerima banyak permintaan daripada kalangan ibu bapa.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau mahu memberi tumpuan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 selain agenda jelajah jerayawara pendidikan masa depan.

“(Oleh itu) saya juga minta supaya ibu bapa bagi tumpuan kepada jelajah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus untuk ‘input-input’ berkaitan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Sekarang ini, kita nak bagi tumpuan kepada pentaksiran holistik untuk anak-anak kita khususnya untuk pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya, karakter (anak-anak) itu boleh diperkukuhkan,” katanya selepas melancarkan program Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Nibong Tebal di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI