fbpx

Plaza Tol Genting hak persendirian – LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya. Gambar Ihsan Media Sosial

PETALING JAYA – Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LLM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, pembinaan tol seperti yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan lebuh raya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

“Projek pembinaan ini bukan di bawah bidang kuasa KKR mahupun LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memaklumkan bahawa sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan pada 21 Oktober, beliau menyatakan pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol itu dan arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong (MPB). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI