fbpx

Dadah Eropah mendarat di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali menunjukkan kejayaan menumpaskan sindiket dadah bagi kes ketiga iaitu kotak kayu yang diikrarkan sebagai mesin ketika sidang media di Cawangan Pejabat Narkotik Ibu Pejabat, JKDM, di sini, hari ini. FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengikrarkan bahan itu sebagai barang dagangan termasuk paket makanan anjing.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, dalam tiga kejayaan terbaharu dari 11 hingga 20 Oktober berkenaan, pihaknya berjaya merampas dadah seberat 370.8 kilogram bernilai RM25.5 juta.

Menurutnya, menerusi kes pertama, pihaknya berjaya merampas dadah berbahaya jenis ketamin pada 11 Oktober lalu selepas menahan seorang lelaki warga tempatan di belakang premis yang terletak di Petaling Jaya, Selangor bersama sebuah kenderaan jenis trak pengangkut.

“Hasil pemeriksaan ke atas trak pengangkut berkenaan menjumpai empat empat buah kotak yang mengandungi ketulan mampat berwarna putih yang mengandungi dadah jenis Ketamine. Berat kasar dadah yang dirampas adalah 91.05 kilogram. Nilai anggaran rampasan adalah RM5.4 juta,” katanya dalam sidang media di Cawangan Pejabat Narkotik Ibu Pejabat, JKDM, di sini, hari ini.

Sazali berkata, rentetan daripada tangkapan kes pertama itu, JKDM telah berjaya merampas dadah berbahaya jenis Methamphetamine pada 13 Oktober lalu dan telah membawa kepada penahanan satu dagangan di Kompleks Kargo KLIA yang dialamatkan ke Petaling Jaya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas dagangan terbabit mendapati sebuah kotak yang mengandungi ketulan mampat yang berwarna putih kristal disyaki dadah jenis methamphetamine yang disorok di dalam paket makanan anjing.

“Berat kasar dadah yang dirampas adalah 10 kilogram dan nilai anggaran rampasan adalah RM330,000. Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyorokkan dadah berkenaan ke dalam paket makanan anjing dan dialamatkan ke rumah kosong yang tidak berpenghuni.

Dalam kejayaan berasingan sindiket, Ibu Pejabat JKDM dengan kerjasama Pasukan Medan Tempur Operasi Kastam (COBRA) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa melibatkan rampasan pil ekstasi dan  dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) pada 20 Oktober lalu.

“Kira-kira 20 pukul 9.30 malam, JKDM telah menahan dua orang lelaki warga tempatan berusia 44 dan 57 tahun di sebuah stesen minyak di Damansara, Selangor. Hasil pemeriksaan ke atas lori suspek menjumpai dua buah kotak kayu yang disorokkan guni-guni yang mengandungi sejumlah pil ekstasi dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Menurutnya, berat kasar dadah yang dirampas adalah 269.75 kilogram dengan nilai anggaran rampasan adalah RM19.8 juta,”ujarnya

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kes berkenaan menggunakan laluan udara dari sebuah negara Eropah dan tiba di negara ini sebagai destinasi terakhir.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI