fbpx

Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan bersenjata tajam di Jalan Trus, di sini di tengah malam tadi.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat mangsa berusia 24 tahun itu ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan.

Menurut beliau, antara kecederaan itu termasuklah tetakan di kepala, bahu, punggung, tangan dan pergelangan tangan.

“Polis sedang giat menjalani operasi untuk mengesan lapan orang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan. Kesemua mereka menaiki kereta Produa Viva berwarna putih dan Toyota Vios berwarna hijau.

“Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 12.45 tengah malam hingga pukul 1.08 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raub, pihaknya juga masih menyiasat punca pergaduhan yang melibatkan warga tempatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI