fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Saya letih dengar tangisan kanak-kanak Gaza kesakitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tangisan bayi dan kanak-kanak di Gaza yang cedera susulan dibom Zionis Israel.

PETALING JAYA – Seorang pembikin kandungan video di Palestin meluahkan rasa ‘keletihan’ apabila hampir setiap hari mendengar tangisan dan jeritan kanak-kanak di Gaza yang menanggung kesakitan akibat dibom tentera Zionis Israel.

Pemuda tersebut dikenali sebagai Saleh Aljafarawi meluahkan perasaan itu menerusi satu hantaran video memperlihatkan kanak-kanak termasuk bayi yang mendapatkan rawatan daripada petugas perubatan.

“Ini semua bunyi sebenar, tanpa audio atau muzik sedih. Inilah keadaan anak-anak kami lalui setiap hari dan setiap malam. Saya letih melihat mereka menanggung kesakitan begini.

“Jujurnya saya letih. Tolonglah hentikan serangan demi anak-anak ini, hanya untuk anak ini,” katanya.

Ia kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang sedih dengan keadaan yang menimpa rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

“Saya harap mereka yang memberi sokongan kepada Israel lihat anak mereka sendiri dalam keadaan sama seperti video ini. Yang mana kita lihat anak di Gaza mati selain organ mereka ada yang hilang,” komen em_elmajd.

“Ya Allah bantulah muslim di Palestin. Kami tak boleh lihat anak kecil ini dalam keadaan kesakitan yang tragik,” kata razzia_fatima_tarar.

Saleh Aljafarawi yang mempunyai kira-kira 1.5 juta pengikut merupakan aantara penduduk Gaza yang sering memuat naik pelbagai video di media sosial bagi menceritakan situasi sebenar dihadapi penduduk Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI