fbpx

Dua buah kedai di bandar Bentong musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan dua buah kedai di bandar Bentong malam semalam.

BENTONG – Sebuah kedai elektrik dan sebuah kedai alat tulis musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Ah Peng di sini malam semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan direkodkan dalam kejadian yang dipercayai bermula daripada kedai elektrik kira-kira pukul 10 malam itu.

Ketua Balai Bomba Bentong, Mohd Shafie Sulong berkata, kejadian menyebabkan kedai elektrik musnah 100 peratus manakala kedai alat tulis musnah 50 peratus.

“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di kedai elektrik dengan anggaran 80 peratus kebakaran di premis berkenaan.

“Pada masa itu api juga telah mula membakar premis sebelah melalui kayu parabung atap struktur bangunan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI