fbpx

Surat rasmi kepada kerajaan wajib dalam Bahasa Kebangsaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan diwajibkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Anwar memberikan peringatan itu kepada semua pihak terutama dalam kalangan syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi untuk mengutamakan Bahasa Kebangsaan dan sesiapa sahaja menulis selain daripada bahasa itu maka surat yang dihantar akan dipulangkan semula.

Katanya, kadangkala wujud kekeliruan penggunaan bahasa dalam soal hubungan perdagangan antarabangsa yang lebih menggunakan bahasa Inggeris, tetapi sering dilupakan sikap masing-masing dilihat terpesong apabila didapati ada beberapa agensi awam dan swasta seringkali cuba meninggalkan asas Perlembagaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan dalam perhubungan dengan jabatan kerajaan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan surat itu akan dipulangkan. Ini tidak akan menjadikan kita sempit.

“Saya tidak meremehkan (bahasa Inggeris) tetapi perlu mengakar di bumi berhubung pemerkasaan budaya dari sudut bahasa, sastera sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa.

“Jangan cuba remehkan, arahan jelas bahawa tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat, syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI