fbpx

Itu pandangan Abdul Hadi, saya akan jawab nanti – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kompleks Haji Sepang, hari ini. Foto oleh AMREE AHMAD/KOSMO!

SEPANG – Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bersedia menjawab isu yang dibangkitkan oleh pemimpin Pas kononnya ada kelompok mahu mencabar undang-undang syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, walau bagaimanapun meminta individu itu menjelaskan apakah tindakan akan diambil setelah mendedahkan isu tersebut.

“Berhubung dakwaan beliau itu, saya berpendapat bahawa saya akan menjawabnya nanti apabila tiba masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar di sini hari ini.

Pada program ini, beliau turut melancarkan aplikasi e-Bimbingan Haji yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar untuk bakal jemaah menambahkan pengetahuan ibadah itu.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mendakwa kononnya ada kelompok sengaja berhasrat mencabar keabsahan perundangan syariah di Malaysia.

Justeru, Ahli Parlimen Marang itu meluahkan rasa hairan apabila tiada tindakan diambil ke atas mereka yang jelas melanggar aspek 3R iaitu isu berkaitan agama, bangsa dan raja.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im yang juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie berkata, Abdul Hadi ada pandangan tersendiri dan beliau menghormati perkara berkenaan.

“Walau bagaimanapun, kita (pihak kerajaan) pun tidak tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh pembangkang dalam isu tersebut jika memang benar berlaku,” tegasnya lagi.

Beliau merujuk kenyataan tokoh Pas tersebut yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional apabila tidak menghuraikan lebih lanjut bentuk tindakan susulan dilakukan blok itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI