fbpx

Siling Skybridge KLIA Terminal 2 runtuh ekoran cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG- Sebahagian siling Skybridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dilaporkan runtuh tadi ekoran cuaca buruk yang berlaku di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Kerja membaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan berkenaan ditutup hingga kerja pembaikkan serta pemeriksaan keselamatan selesai.

“Sila elak kawasan ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport Care kami,” kata MAHB menerusi ciapan di aplikasi X tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI