fbpx
Gambar hiasan

Pengemis hadiah TikTok perosak pencinta kandungan tulen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Budaya meraih simpati dan meminta penonton memberi pelekat hadiah ketika membuat penstriman langsung di aplikasi TikTok merupakan satu tindakan yang boleh menjejaskan kredibiliti pencipta kan­dungan.

Pencipta kandungan TikTok dikenali sebagai Mira, 26, berkata, tindakan itu bukan sahaja menyebabkan penonton muak, malah mampu menurunkan jumlah tontonan ketika penstriman langsung.

“Ia semakin menjadi-jadi apabila ada segelintir pencipta kan­dungan memaksa penonton termasuk memberi pelekat hadiah sebagai tanda sokongan.

“Selain mencalarkan imej pencipta kandungan yang lain, sikap itu juga mampu menurun­kan jumlah tontonan, sekali gus memberi kesan kepada individu terlibat terutamanya mereka yang mencari rezeki di TikTok,” katanya.

Menurut Mira, pelekat hadiah sepatutnya diberi secara ikhlas sebagai menghargai usaha mencipta kandungan dan ia tidak perlu melibatkan unsur me­minta-minta.

“Sebagai contoh, saya juga ada menerima pelekat hadiah daripada penonton ketika membuat live, tetapi saya tidak pernah meminta atau memaksa mereka berbuat demikian,” katanya.

Ujar Siti Atikah, dia selalunya akan menerima hadiah atau pelekat ketika membuat live selama tiga jam sehari sebagai tanda sokongan.

“Saya biasanya meraih sekitar RM500 ke RM600 sebulan apabila menukarkan pelekat hadiah itu dengan wang tunai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN