fbpx

Empat sekawan sewa Triton buat jenayah pecah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian barang yang dirampas ketika mengadakan sidang akhbad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang hari ini.

KLUANG – Kegiatan empat sekawan yang aktif melakukan jenayah pecah kedai di sekitar Rompin, Mersing dan Kluang akhirnya tumpas apabila mereka diberkas polis Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penahanan kesemua suspek melalui empat tangkapan berasingan di Taman Wawasan Kluang dan Kampung Sri Lumpur di Mersing antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Katanya, suspek yang berjaya ditahan melibatkan tiga orang lelaki serta seorang wanita berusia 24 hingga 38 tahun dengan kesemuanya mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah dan satu dadah, suspek ketiga (wanita) mempunyai satu rekod dadah dan keempat – satu rekod jenayah serta tiga dadah.

“Suspek turut mengaku melakukan pecah masuk kedai dengan lima kes di Kluang, masing-masing Satu di Mersing dan Rompin,” katanya melalui sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, polis turut merampas barang berharga iaitu dua utas gelang tangan emas, 26 keping kad tambah nilai, wang tunai bercampur-campur bernilai RM960 dan sebuah kereta Proton Gen2 yang dilaporkan hilang di Kampung Gajah di Kluang.

Ujarnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Triton turut disita yang dipercayai disewa untuk melakukan jenayah itu.

“Semua suspek kini ditahan remah sehingga 25 Oktober ini dan seorang lagi lelaki dikenali sebagai M. Munisiran, 32,
dengan alamat terakhir di Masai dipercayai sebagai “master mind” kepada aktiviti ini masih diburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI