fbpx

6 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Kota Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah di kawasan perumahan Jalan Nuri 7/3 Seksyen 7 Kota Damansara, di sini, rosak dihempap pokok tumbang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.10 pagi tadi.

Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah pokok tumbang yang menghempap enam kenderaan di tempat letak kenderaan berkenaan.

“Pokok berkenaan bersaiz besar dan dahannya yang tumbang terkena enam kenderaan.

“Enam kenderaan yang rosak dalam kejadian itu adalah Proton Waja, Proton Iriz, Proton Saga, Perodua Alza dan dua Perodua Myvi,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan cedera dalam kejadian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI