fbpx

Wanita tinggal serumah dengan bekas isteri suami selepas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan yang sudah bercerai itu kadang kala berbual di rumah mereka. - KhaoSod

BEIJING – Seorang wanita di wilayah Jiangsu, China berkongsi pengalaman aneh dia terpaksa tinggal serumah dengan bekas isteri suaminya selepas mereka berkahwin. 

Laman berita Thaiger melaporkan, wanita berasal dari Jiangsu itu berkata, diajak tinggal di rumah pasangan yang sudah bercerai itu selepas berkahwin. 

Menurutnya, bekas isteri suaminya tinggal di tingkat satu, manakala dia dan suaminya pula mendiami tingkat dua.

Tiada permusuhan berlaku antara dua wanita itu, malah bekas pasangan suami isteri itu kadang kala berbual di rumah mereka.

Pada mulanya, dia sukar menerima situasi keadaan itu kerana percaya suaminya sepatutnya berjauhan daripada bekas isteri selepas mereka berkahwin.

Dia akhirnya akur kerana tidak mempunyai pendapatan sendiri dan bergantung kepada suaminya yang mencari rezeki.

Punca di sebalik kejadian itu adalah komplikasi selepas perceraian.

Bekas pasangan suami isteri itu bersetuju untuk membahagikan rumah tersebut di mana lelaki itu mendapat tingkat dua, manakala tingkat satu milik bekas isterinya.

Mereka juga mengambil kira perasaan dua anak mereka yang boleh hidup aman tanpa gangguan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI