fbpx

DBKL sita 69 ayam hidup, diproses warga asing untuk jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ayam yang disita selepas disyaki digunakan peniaga warga Myanmar untuk jualan, di Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sita terhadap 69 ayam hidup disyaki untuk dijual oleh peniaga warga Myanmar di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut hasil operasi bersama dengan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS).

Katanya, tujuh aktiviti perniagaan dikesan beroperasi sebagai pusat penyimpanan dan pemprosesan jualan haiwan (ayam hidup) yang dikendalikan oleh warga Myanmar serta aktiviti penjualan sayuran dan buah-buahan.

“Premis-premis ini menimbulkan kacau ganggu awam melibatkan isu kekotoran, halangan laluan serta lorong belakang yang bau dan busuk sekitar kawasan.

“Tiga tindakan sita dan pindah barangan telah dibuat melibatkan kesalahan perniagaan di kaki lima premis dan penjaja tanpa lesen dari penjaja warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan dijalankan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

“Selain itu, turut dikeluarkan empat notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan mengikut Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi kesalahan menyebabkan kekotoran ditempat awam dan stor penyimpanan ayam hidup tanpa kebenaran,” katanya.

Ulas kenyataan itu, barangan perniagaan dan haiwan yang disita, dihantar ke Setor Sitaan DBKL dan Stor Kawalan Pest JKAS untuk proses dokumentasi lanjut.

“DBKL mengingatkan mana-mana pemilik premis perniagaan sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu di tempat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI