fbpx

Isi syabu dalam besi kaki meja, sindiket dadah RM7 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (dua kanan) menunjukkan syabu yang dirampas selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Membayar upah sebanyak RM50,000 kepada jurukimpal untuk menyorokkan syabu dalam besi yang diubah suai untuk dijadikan kaki meja.

Modus operandi sindiket pengedaran dadah itu dibongkar menerusi serbuan ke atas gudang dipercayai menjadi lokasi simpanan dadah dianggarkan bernilai RM6.9 juta di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

Dadah bernilai hampir RM7 juta itu akan dimasukkan dalam batang besi sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kegiatan itu dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama JSJN Selangor melalui penahanan dua lelaki berusia 42 dan 50 tahun semalam.

Katanya, lelaki tersebut bekerja sebagai jurukimpal dan menerima upah RM50,000 bagi tugasan yang dilakukan.

“Susulan tangkapan itu, polis menemukan 200 bungkusan syabu seberat 208 kilogram (kg). Kita turut meramps wang tunai RM10,700, 10,600 Baht (RM1,383), barang kemas, kereta Toyota Vios, bahan dan peralatan untuk ubah suai besi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemeriksaan mendapati dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah.

“Kita tidak menolak kemungkinan bekalan dadah ini untuk edaran Lembah Klang,” katanya.

Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti dalang dan individu yang membekalkan dadah kepada dua suspek ini.

Mereka direman selama tujuh hari sehingga 26 Oktober ini bagi membantu disiasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI