fbpx

EPL: Rodri dedah Guardiola jadi punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI dianggap pemain tengah bertahan terbaik di dunia ketika ini selepas menyertai City pada 2019. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Rodri membuat pendedahan bahawa bekerja di bawah kendalian Pep Guardiola berjaya melonjakkan prestasinya ke tahap yang dia sendiri tidak menyangka memiliki kemampuan tersebut.

Pemain berusia 27 tahun itu berjaya menjadi tonggak penting The Citizens sejak tiba di Etihad pada 2019 dan sejak dua tahun lalu, Rodri berjaya mempamerkan peningkatan permainan yang luar biasa.

Kapten Sepanyol itu muncul sebagai watak penting buat City yang berjaya merangkul gelaran trebel musim lalu selain meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka meraih kemenangan ke atas Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara sekali gus dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Rodri dilayangkan kad merah ketika bertemu Nottingham Forest sebelum ini menyaksikannya digantung tiga perlawanan dan sepanjang tempoh ketiadaannya, City berdepan dua kekalahan aksi Liga Perdana Inggeris dan tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris.

“Beliau (Guardiola) adalah jurulatih yang memberikan pengaruh besar dalam kerjaya saya sebagai pemain bola sepak. Pep membawa saya ke satu tahap di mana saya tidak tahu memiliki kemampuan sebegitu.

“Apabila saya mula dapat menyesuaikan diri dengan apa yang beliau mahukan, saya terfikir kenapa pasukan lawan tidak melakukannya, ia adalah perkara yang sangat mudah. Pep seperti memberikan saya ‘kotak peralatan’ dan saya perlu menggunakannya.

“Ia bukanlah keistimewaan buat saya kerana tidak ramai pemain yang gagal apabila bersama Pep. Beliau mahu saya menjadi pemain yang bijak menggunakan ruang tanpa melakukan banyak pergerakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rodri turut mengucapkan terima kasih kepada bekas jurulatihnya, Diego Simeone yang membimbingnya ketika bersama Atletico Madrid sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI