fbpx

Agong seru solat hajat dan hulur bantuan kepada rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau rumah 'RuRASA' yang dikurniakan oleh baginda sendiri kepada Nor Rafeah Mustafa, 41, di Kampung Pahang Tua, Pekan, Pahang.

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat negara ini agar mengadakan solat hajat untuk mendoakan rakyat Palestin, hari ini.

Baginda turut menyeru agar rakyat menghulurkan bantuan sekadar yang mampu bagi meringankan beban rakyat Palestin.

“Di hari Jumaat ini, saya harap kita semua melakukan sembahyang hajat dan mendoakan kepada Allah SWT supaya rakyat Palestin dan bumi Palestin dapat dipertahankan khususnya kawasan Masjid Al- Aqsa.

“Sekadar mana yang kita mampu, kita bantulah, memberi sedikit bantuan dari segi kewangan, dari segi peralatan, dari segi pakaian, supaya ia dapat meringankan bebanan yang dirasai oleh rakyat Palestin.

“Dan saya percaya Allah akan sentiasa memberi rahmat kepada mereka semua ini. Mungkin sebahagian daripada mereka akan mati dalam syahid, dan kita berdoa supaya mereka ini berada dengan golongan orang yang beriman dan mutaqin,” titah baginda,ketika berkenan untuk hadir ke Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Pahang Tua, di sini, hari ini.

Baginda dalam masa sama turut menitahkan supaya rakyat di negara ini dan negeri ini untuk bersyukur dengan segala apa yang dimiliki kini.

“Seluruh rakyat Malaysia dan Pahang harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau kita tengok dalam televisyen tiap-tiap hari masalah di Palestin, tanah Palestin, rakyat Palestin, begitu sedih dan begitu kita diatas jajahan rejim Zionis yang telah menghancurkan beribu rakyat Palestin,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI