fbpx

Agong berkenan masyhur nama SK dan SMK Sultan Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau kawasan sekolah di Pekan hari ini.

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, hari ini.

Baginda bertitah, dengan pemasyhuran itu, baginda berharapa ianya dapat meningkatkan lagi prestasi kedua-dua buah sekolah berkenaan

“Guru besar dan guru harus meningkatkan prestasi sekolah kerana di sinilah kita akan melahirkan bakal pemimpin di masa akan datang.

“Semoga dengan pemasyhuran kepada SMK dan SK Sultan Ahmad ini akan membawa keberkatan, membawa prestasi yang baik dan menyerlah,” titah baginda dalam Masjlis Pemayshuran SK dan SMK Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Baginda turut bertitah, pemasyhuran nama baharu itu juga adalah sebagai penghargaan kepada Sultan Pahang pertama era moden, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali.

“Anak-anak sekolah sekarang cepat lupa sejarah sebab banyak sangat bahan dalam digital. Sekolah ini dibuka pada 1926, merupakan sebuah sekolah zaman almarhum Sultan Ahmad yang pertama,” titah baginda.

Baginda dalam masa sama turut berkongsi kenangan manis sewaktu belajar di SK Ahmad pada tahun 1965 dahulu bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

“Saya percaya SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad akan melahirkan lebih ramai pemimpin teknokrat atau pemimpin politik tetapi janganlah sekali-kali lupa asal usul di SK Sultan Ahmad ini yang kita semua berada di sini,” titah baginda lagi.

Bersempena majlis berkenaan Al-Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli meninjau sekitar kawasan sekolah dan melawat kelas lama baginda di sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI