fbpx

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik bangkit catat kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan semangat juang tinggi ketika menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menunjukkan semangat juang tinggi ketika bangkit mencatat kemenangan ke atas pasangan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Denmark.

Pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena, sebentar tadi, bekas juara dunia itu memerlukan tiga set untuk melakar kemenangan 16-21, 21-5, 21-15 dalam tempoh 40 minit.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik bermula agak perlahan di set pertama apabila ketinggalan 3-11 hanya dalam tempoh tiga minit sebelum Ahsan-Setiawan memastikan kemenangan mereka dengan 21-16.

Memasuki set kedua, pasangan negara itu seolah-olah mendapat tonik tambahan apabila jauh meninggalkan Ahsan-Setiawan 18-1 dan menang 21-5 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan kedua-dua beregu memampilkan aksi cukup seimbang, namun kelebihan fizikal yang dimiliki Aaron-Wooi Yik menyaksikan mereka menang 21-15 bagi melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok adalah beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang menewaskan wakil tuan rumah, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15, 21-5.

Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila gagal melayakkan diri ke suku akhir selepas tewas 15-21, 12-21 kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI