fbpx

65 bubu naga ditemui, dirampas Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada bubu naga yang dirampas Maritim Malaysia di perairan Kerian dan Larut Matang semalam.

BAGAN SERAI – Sejumlah 65 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau di kedudukan 0.6 batu nautika barat daya muara Kuala Gula, Kuala Kurau di sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kesemua bubu naga itu dirampas oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia ketika dalam rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Kesemua bubu naga itu ditemui melalui penanda botol yang terapung dan mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemui 65 unit bubu naga berada di lokasi tersebut dan ia dinaikkan serta dirampas.

“Kesemua hasil rampasan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah.

” Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa menjaga ekosistem marin negara dengan tidak menggunakan kaedah perikanan yang tidak dibenarkan demi kepentingan bersama.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI