fbpx

Dewan Rakyat: Isu LGBT, Kempen Beli Barangan Malaysia dibangkit di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KIUALA LUMPUR – Isu berkenaan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dijangka antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, soalan berhubang LGBT itu akan dibangkitkan oleh Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (Pokok Sena-PN).

Beliau bertanyakan tentang peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam melakukan usaha sama bersama kementerian lain bagi membendung aktiviti songsang itu.

Rancangan kerajaan mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia secara mega sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut dijangka mencuri tumpuan.

Soalan yang ditujukan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu akan dikemukakan oleh Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu-PN).

Turut dijangka mendapat perhatian adalah soalan oleh R. Yuneswaran (Segamat-PH) berhubung kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada yang berpencen atau tidak berpencen.

Beliau meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan yang dilaksanakan terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol-BN) pula meminta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah terdapat cadangan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] .

Pindaan bagi mengelakkan projek perumahan terbengkalai dan seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan industri pembinaan perumahan secara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI