fbpx

Mangsa scammer maut dalam tahanan Imigresen Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Izzat yang meninggal dunia dalam tahanan Imigresen Myanmar.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) menggesa pihak bertanggungjawab menyiasat secara telus berhubung kematian rakyat Malaysia yang juga mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar ketika berada dalam tahanan imigresen di sana.

Mangsa merupakan seorang bekas pengajar tahfiz, Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, berasal daripada Kuantan, Pahang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya telah dihubungi mangsa yang meminta bantuan untuk diselamatkan.

“Setelah aduan diterima, wakil MHO di Myanmar telah membantu dan menyelamatkan mangsa dari tempat dia ditahan sebelum dibawa ke Pejabat imigresen Myanmar untuk urusan dokumentasi.

“Malangya, MHO menerima maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama di Myanmar bahawa Muhammad Izzat telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata punca kematian tidak diketahui secara rasmi, namun dimaklumkan kerana serangan jantung.

Bagaimanapun, hasil rujukan dengan keluarga mangsa memaklumkan lelaki terbabit tiada rekod sakit jantung.

“Ini menimbulkan tanda tanya. Adakah benar punca kematian mangsa adalah sakit jantung atau ada sebab lain yang cuba disembunyikan.

“MHO bersama keluarga mangsa akan membuat liputan media berkenaan isu ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya serta akan mengadakan sidang akhbar selepas itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI