fbpx
JANGAN membebankan masalah keluarga kepada anak-anak hingga menjejaskan masa depan mereka. – GAMBAR HIASAN

Jangan biar anak tercicir, cari JKM atau zakat jika tak mampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ibu bapa yang terkesan sumber kewa­ngan seharusnya mencari kaedah terbaik dengan mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat di negeri masing-masing.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ibu bapa jangan terlalu membebankan masalah keluarga kepada anak-anak sehingga menjejaskan masa depan mereka.

“Kena ikhtiar, mungkin ibu bapa yang tinggal di kawasan perkampungan atau pendalaman tidak tahu di mana untuk mencari sumber bantuan untuk anak-anak dan keluarga. Jadi, mereka boleh meminta bantuan kepada penghulu atau wakil rakyat.

“Tidak payah suruh mereka bekerja untuk bantu keluarga, biar mereka bersekolah sampai habis belajar. Ibu bapa wajib menyara anak-anak sehingga mereka (anak-anak) mampu berdikari,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, ibu bapa sepatutnya mempunyai rasa simpati atau kasihan dengan anak-anak kecil yang terpaksa bekerja bagi me­nyara kehidupan keluarga.

“Mereka (anak) memang boleh bekerja tetapi tak pandai fikir. Mereka seronok apabila dapat pendapatan sendiri. Tetapi berapa sangat, jika kita bagi peluang mereka belajar sehingga ke pe­ringkat lebih tinggi.

“Jika belajar sampai ke universiti, masa depan depan akan lebih cerah dengan pendapatan yang tinggi. Boleh menjawat jawatan ketua-ketua jabatan atau penyelia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN