fbpx

Hrithik Roshan pertahan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HRITIK ROSHAN

AKTOR Hrithik Roshan mempertahankan kekasihnya yang juga aktres dan penari Saba Azad, selepas berdepan kecaman netizen gara-gara persembahan di sebuah acara, baru-baru ini.

Selebriti berusia 37 tahun itu didakwa tidak mempamerkan persembahan membanggakan pada Minggu Fesyen Lakme yang dihadiri ramai bintang popular.

Tidak menunggu lama, bintang filem Kol Mil Gaya itu berkongsi kata-kata semangat buat Saba dengan melayangkan pujian manis.

“Kesungguhan luar biasa, itulah sebab menyinar,” katanya dalam Instagram Story yang disertakan emoji lambang hati dan matahari.

Terdahulu, kekasihnya memang kerap dijadikan modal kritikan netizen yang seolah-olah tidak merestui hubungan mereka.

Ada saja kesilapan kecil yang diperbesarkan, malah rata-rata menganggap perbezaan usia 12 tahun dengan aktor itu tidak memungkinkan percintaan mereka sampai ke fasa perkahwinan.

Pada masa sama, jalinan asmara duda terhangat itu dengan Saba dilaporkan semakin utuh selepas mereka kerap dilihat bersama-sama menyertai acara keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI