fbpx

AEON BiG lancar peraduan ‘Shop More Win More’ sempena ulang tahun ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Farouk (dua dari kiri) ketika di majlis perasmian kempen ‘Shop More Win More’ sempena ulang tahun ke-11 pasar raya AEON BiG di AEON BiG Wangsa Maju. - Foto AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang memenangi hadiah sebuah Proton X50 Flagship melalui peraduan ‘Shop More Win More’ sempena ulang tahun ke-11 pasar raya AEON BiG (M) Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, peraduan yang mendapat kerjasama daripada pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia, Proton itu turut menawarkan dua buah Proton Saga Premium untuk dimenangi pelanggan setia AEON BiG.

“Bagi merebut hadiah ini, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM111 pada satu resit untuk melayakkan diri mereka menyertai peraduan ini.

“Sebarang pembelian produk penaja akan melayakkan setiap pelanggan mendapat penyertaan berganda, manakala pelanggan yang berbelanja sehingga RM333 akan berpeluang menggandakan peluang mereka sehingga enam penyertaan,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis perasmian kempen tersebut di AEON BiG Wangsa Maju, di sini hari ini.

Sheikh Farouk berkata, AEON BiG juga akan menawarkan diskaun daripada 11 peratus sehingga 50 peratus ke atas produk terpilih sepanjang tempoh kempen tersebut.

“Pelanggan juga boleh menikmati ganjaran setiap minggu dengan AEON BiG Gift Card bernilai RM100 untuk pemenang bertuah.

“Selain Proton, rakan-rakan perniagaan lain yang turut serta dalam meraikan kempen ulang tahun ini adalah termasuk Gold Sponsors – Nestle Products Sdn Bh , Felda Global Ventures, Mamee Double Decker, dan Tyson Malaysia,” katanya.

Selain itu katanya, turut serta dalam kempen berkenaan ialah 130 rakan niaga AEON BiG yang merupakan penyumbang aktif kempen ulangtahun itu.

“Peluang untuk memenangi hadiah ini adalah bermula dari 19 Oktober ini, sehingga 18 November depan.

“Kami amat berbesar hati untuk meraikan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan pelanggan dan rakan-rakan perniagaan kami. Yang paling penting, kami ingin menghargai pelanggan Kami yang setia bersama kami selama ini,” tambahnya.

Terdahulu, sambutan ulangtahun berkenaan dimulakan dengan Pelancaran Besar-besaran di cawangan AEON BiG Wangsa Maju bagi memperingati kejayaan syarikat dan menghargai pelanggannya sejak penubuhannya pada 1 November 2012.

Hadir sama, Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin.

la merupakan satu peristiwa penting bagi AEON BiG untuk menyatakan rasa terima kasih syarikat kepada pelanggan, rakan-rakan perniagaan dan kakitangan yang kekal sebagai penyokong setia selama lebih sedekad.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan AEON BiG 11th Anniversary Shop More Win More, sila layari https://aeonbig.com.my/1 1 thanniversary/ atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan AEON BiG di 1300-80-2366. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI