fbpx

Seorang pegawai tentera maut, 9 lagi stabil alami strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Allahyarham Emil Syahid (gambar kecil) dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang, Selangor untuk dikebumikan petang semalam.-Foto TENTERA DARAT MALAYSIA

KOTA TINGGI – Seorang pegawai muda Kor Kor Risik Diraja (KRD) meninggal dunia manakala sembilan yang lain dilaporkan menerima rawatan akibat mengalami simptom strok haba ketika menjalani latihan di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, kelmarin.

Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 malam kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bharu, Johor.

Difahamkan, Allahyarham mengalami pitam dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan Jalan Laju Kursus Tempur Pegawai Muda Tentera Darat Siri 3/2023 di kem berkenaan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang, Selangor, semalam.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan meluangkan masa menziarahi pengkebumian arwah Allahyarham Emil Syahid.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata, Allahyarham Emil Syahid antara 10 pegawai muda dikejarkan ke HSI selepas mengalami simptom strok haba.

Ujarnya, tiga daripada mereka termasuk Allahyarham Emil Syahid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI dan tujuh lagi dirawat diwad biasa di Hospital Kota Tinggi.

“Dua pegawai yang dimasukkan ke ICU sudah tidak menggunakan alat bantuan pernafasan manakala tujuh yang lain dirawat di Hospital Kota Tinggi, dilaporkan stabil,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI