fbpx

Semangat berterusan kepimpinan, penjawat mampu cipta sejarah baharu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bercakap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya tadi. -Foto FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu mencipta sejarah baharu yang berupaya mengangkat martabat negara melalui semangat berterusan dipamerkan barisan kepimpinan serta kumpulan penjawat awam.

Perdana Menteri berkata, meskipun tidak dapat memuaskan semua pihak dalam hal berkenaan, namun beliau mula melihat sudah ada bibit-bibit permulaan ke arah itu (kejayaan).

“Kejayaan penjawat awam di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kerja Raya dan semua kementerian lain ialah kerana pelaksanaannya dibuat dengan baik.

“Sebagai contoh, (isu) 8,600 tandas dapat diselesaikan dalam masa beberapa bulan. Maknanya, jika ada komitmen, tekad dan ikhlas, ia boleh dibuat.Hal tertangguh puluhan tahun boleh selesai dalam lima hingga enam bulan sahaja.

“Sebab itu dari awal saya katakan, dengan pengalaman lama saya dalam kerajaan, jika bawa semangat dalam pimpinan dan penjawat awam, kita boleh cipat sejarah baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pimpinan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut memanggil agensi pelaksana beberapa bulan lalu selain meminta kumpulan itu mengambil langkah tegas dan berkesan dalam tempoh tiga bulan.

“Ia supaya ada ‘rule of law’ dalam negara ini, bukan sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis sahaja, tetapi penguatkuasaan termasuk Jabatan Audit Negara serta lain-lain.

“Saya lihat ada perubahan ke arah itu, saya mahu tingkatkan supaya jangan orang kata rasuah dan penyelewengan di peringkat atas sahaja, tetapi turut berlaku di bawah juga,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI