fbpx

PLKN 3.0: Jangan ulangi kesilapan sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini, kerajaan bercadang untuk memperkenal semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini, usaha itu masih di pe­ringkat jawatankuasa dan kementerian sebelum dibentang kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet.

Katanya, pelaksanaan PLKN 3.0 adalah satu kemestian bagi membina jati diri dan sema­ngat patriotisme dalam kalangan generasi muda akan datang.  Sebanyak 90 peratus modul yang akan diguna adalah berasaskan ketenteraan dalam aspek disiplin dan fizikal, manakala 10 peratus lagi nilai kenegaraan.

Ia dijangka melibatkan lebih 200,000 pelatih dan akan diadakan di 13 kem latihan tentera wataniah dan polis dengan kos tidak lebih RM100 juta setahun.

Umum tahu, setiap program yang dilaksanakan sudah pasti pada kita mahukan impak positif untuk masyarakat bukan hanya sekadar naratif popular politik me­raih perhatian rakyat.

Menurut Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Azhar Abd. Hamid, pelbagai aspek perlu diteliti sebelum prog­ram itu dilaksanakan.

“Program PLKN dibuat untuk memupuk semangat patriotisme, memperkasa kepimpinan dan menyediakan peluang latihan kepada orang muda.

“Jadi sebarang program yang dianjurkan harus melibatkan analisis yang teliti dan pemikiran yang kreatif bagi memastikan objektifnya dapat dicapai,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, dalam merancang dan melaksanakan PLKN 3.0, kerajaan harus mengambil kira pendapat dan keperluan rakyat serta generasi muda. Konsultasi awam dan dialog dengan pelajar, ibu bapa dan pihak berkepenti­ngan adalah penting.

“Program yang dirancang juga perlu memberi peluang kepada peserta untuk pilih program latihan yang sesuai dengan minat dan bakat mereka. Ini akan memberi pengalaman lebih bermakna kepada peserta,” katanya.

Seterusnya, Azhar membe­ritahu, program tersebut juga kelak harus memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran asas seperti komunikasi, kepimpinan, kolaborasi, dan pemikiran kritis.

Langkah itu adalah bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran yang berguna dalam kehidupan seharian dan kerjaya mereka.

“Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan pengalaman PLKN lebih menarik dan efisien. Ini termasuklah penggunaan e-pembelajaran, simulasi dan alat bantu digital,” katanya.

Tambah beliau, sokongan emosi dan psikologi peserta PLKN juga perlu dititikberatkan.

Ujarnya, peserta mungkin menghadapi tekanan emosi dan psikologi, jadi program harus menyediakan sokongan yang sesuai untuk membantu mereka menghadapi cabaran tersebut.

“Program juga harus mengamalkan pemantauan dan peni­laian berterusan untuk memastikan program ini berkesan. Maklum balas peserta dan penilaian prestasi program adalah penting untuk membuat penambahbaikan yang berterusan.

“Sekiranya PLKN 3.0 direka bentuk dengan cermat dan berdasarkan prinsip-prinsip ini, ia mungkin dapat mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti dalam program PLKN sebelum ini dan memberi manfaat yang lebih besar kepada peserta serta masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI