fbpx

Keputusan EGM KNM dibantah oleh lembaga pengarah baharu dicadangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EGM KNM telah mendapat sokongan majoriti daripada para pemegang sahamnya. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Krisis, isu dan dilema yang ditanggung oleh para pemegang saham KNM Group Berhad sejak beberapa minggu lalu bagi menentu kumpulan lembaga pengarah yang berkelayakan untuk dilantik dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pagi ini, sudah terjawab.

Kumpulan lembaga pengarah sedia ada yang diketuai oleh Pengerusi sedia adanya, Tunku Datuk Yaacob Khyra telah mendapat sokongan majoriti daripada pemegang saham.

Bagaimanapun, keputusan tersebut telah  dibantah oleh kumpulan lembaga pengarah baharu yang dicadangkan sebelum ini dan ia diketuai oleh Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Melalui bantahan tersebut, isu KNM kini semakin mendapat perhatian daripada para pemegang saham, pelabur dan juga komuniti perniagaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bagi mengulas mengenai keputusan EGM tersebut, Kamariah mendakwa beliau bersama Andreas Heeschen, Datuk Abdul Ghani Yusof, Datuk Zaidi Mat Isa @ Hashim, William H Van Vliet III, Flavio Porro dan Edwin Silvester Das, secara kolektif tidak mengiktiraf keputusan EGM hari ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham yang telah mengundi pagi ini dalam EGM KNM.

“Kami akan meminta siasatan mengenai kemungkinan ketidaknormalan dalam perhitungan undi EGM ini,” katanya.

Tunku Kamariah (kiri) bersama Heeschen pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kamariah juga memaklumkan bahawa KNM telah menolak permintaan daripada pihaknya untuk melantik seorang peguam bebas untuk mengawasi perhitungan undi dalam EGM. 

“Mungkin mereka ada sesuatu yang mahu disorok,” jelas beliau

Selain itu Kamariah turut mempersoalkan mengenai jawapan yang diberikan oleh Setiausaha KNM yang mendakwa lima soalan langsung yang dikemukakan dalam EGM hari ini diangggap tidak relevan sebelum undi dibuat terhadap resolusi dalam EGM. 

Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan formaliti undi seperti, berapakah jumlah keseluruhan proxy yang diterima; berapakah jumlah keseluruhan proxy yang ditolak dan siapakah mereka; berapakah jumlah keseluruhan proxy yang melantik pengerusi untuk mengundi; berapakah jumlah keseluruhan proxy yang menyokong pemecatan dan jumlah keseluruhan proxy yang mengundi menyokong pelantikan.

Sementara itu, Heeschen menerangkan, pihaknya sedang menilai situasi ini dan akan berbincang dengan penasihat.

“Pilihan kami kini adalah merangkumi tawaran bersyarat dengan mengadakan dialog bersama pemiutang dan juga bersama pihak berkepentingan lain,” jelas beliau. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI