fbpx

Dewan Rakyat: Isu subsidi bersasar, pelaburan asing dijangka curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Soalan berhubung pelan kerajaan untuk memperkenalkan polisi subsidi bersasar dijangka antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dikemukakan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching-PH) kepada Menteri Ekonomi.

Beliau akan turut membangkitkan tentang inisiatif yang bakal dilakukan kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan disebabkan polisi tersebut.

Turut dijangka menjadi tumpuan soalan oleh Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai-BN) mengenai isu graduan kejuruteraan terpaksa bekerja luar bidang.

Ia berikutan penawaran gaji kerja bidang kejuruteraan tidak setimpal dengan beban tugas.

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu-BN) pula dijangka mengemukakan soalan tentang jangkaan pelaburan asing masuk pada tahun 2024.

Beliau bertanya tentang langkah kerajaan menyeimbangkan pelaburan masuk itu di semua negeri, bukan tertumpu di Lembah Klang sahaja.

Manakala, William Leong Jee Keen (Selayang-PH) akan bertanya mengenai legislatif khas tentang diskriminasi di tempat kerja.

Khususnya bagi melindungi mereka yang mempunyai ketidakupayaan sama ada secara fizikal ataupun mental. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI