fbpx

[VIDEO] Kereta ‘masuk’ kedai nombor ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas mengalami cedera ringan selepas kereta yang dia pandu terbabas ke dalam sebuah premis nombor ramalan di Bagan Ajam, Butterworth, petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas dikatakan tersilap menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kereta yang dia pandu terbabas lalu masuk ke dalam sebuah kedai nombor ramalan di Taman Molek, Bagan Ajam, Butterworth di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 65 tahun dilaporkan tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Proton Saga BLM berwarna merah itu merempuh bahagian kuanter premis berkenaan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Noorhisham Md Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.06 petang tadi.

Menurutnya, pemandu berbangsa India dilaporkan mengalami sakit pada bahagian belakang akibat rempuhan tersebut.

“Pasukan bomba telah menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dalam tempoh kurang 10 minit. Mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan susulan,” katanya di sini, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI