fbpx

Kapal bekalan Panama bersauh tanpa kebenaran ditahan Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal bekalan didaftar di Panama yang ditahan Maritim Malaysia kerana bersauk tanpa kebenaran di perairan Kuala Kemaman kelmarin.

KEMAMAN – Sebuah kapal bekalan yang didaftarkan di Panama ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, kapal tersebut ditahan pada kedudukan 2.5 batu nautika dari Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 4.45 petang.

Beliau berkata, tiada sebarang dokumen kebenaran bersauh dikemukakan sewaktu pemeriksaan dilakukan.

“Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan 20 orang kru dengan nahkoda kapalnya merupakan warga negara Mexico. Selebihnya (kru) warga tempatan yang berumur sekitar 20 hingga 52 tahun dan memiliki pengenalan diri yang sah,” katanya di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, nahkhoda dan ketua jurutera kapal telah di bawa ke pejabat Zon Maritim Kemaman untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI